Monday, April 13, 2009

Nama : Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Gelaran: Y.A.B. Dato' Sri Jawatan : Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Kawasan : Ahli Parlimen Pekan
Biodata Peribadi
Y.A.B. Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Hj. Abdul Razak telah dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang pada 23 Julai 1953. Beliau merupakan anak sulung Allahyarham Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kedua. Y.A.B. Dato' Sri telah mendirikan rumahtangga dengan isterinya, Datin Sri Rosmah Mansor dan telah dikurniakan sepasang cahaya mata
Pendidikan
Y.A.B. Dato' Sri mendapat pendidikan awal di St. John Institution, Kuala Lumpur sebelum meneruskan pelajaran ke Maven Boy's College, Worchestershire, England. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke University Of Nottingham, England dan mendapt ijazah pertama dengan kepujian dalam bidang ekonomi industri pada tahun 1974.
Kerjaya Politik
Kemudian, beliau memulakan kariernya sebagai seorang Eksekutif di Petronas pada tahun 1974. Apabila Tun Haji Abdul Razak meninggal dunia dengan mengejut dua tahun kemudian, beliau telah dipilih bertanding di Parlimen Pekan, menggantikan ayahnya.
Sepanjang hampir 30 tahun penglibatannya dalam politik, Y.A.B. Dato' Sri telah berkhidmat di pelbagai kementerian. Ini termasuklah Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos, Timbalan Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Kewangan. Pada tahun 1982, beliau telah bertanding dan memenangi Dewan Undangan Negeri bagi Bandar Pekan dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Besar Pahang.
Pada tahun 1986, ketika berumur 33 tahun, Y.A.B. Dato' Sri telah dilantik untuk menerajui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan selepas Pilihanraya Umum 1990, beliau berpindah ke Kementerian Pertahanan.
Y.A.B. Dato' Sri telah dilantik sebagai Menteri Pendidikan pada tahun 1995. Selepas Pilihanraya Umum pada 1999, beliau sekali dipertanggungjawabkan untuk menerajui Kementerian Pertahanan. Setelah Y.A.B. Dato' Seri Abdullah B. Hj. Ahmad Badawi mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada YAB Tun Mahathir B. Mohamad pada Oktober 2003, Y.A.B. Dato' Sri telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 6 Januari 2004. Dalam barisan Kabinet Malaysia 2008 beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. Manakala pada 17 September 2008 Y.A.B. Dato' Sri telah dilantik sebagai Menteri Kewangan dan jawatan Menteri Pertahanan beliau akan diterajui oleh Y.A.B. Dato' Seri Abdullah B. Hj. Ahmad Badawi .
Anugerah
Sebagai mengenang jasa Y.A.B. Dato' Sri dalam kerajaan dan politik, beliau telah dikurniakan pingat kebesaran daripada kerajaan negeri Pahang, Sarawak, Sabah, Kelantan, Perak dan Selangor.
Selain itu, di antara pengiktirafan dari luar negara yang beliau terima adalah Grand Order Of Youth Republic Of Korea, Special Testimony, United Nations Programme Of Youth, Ph.D (Honoris Causa) Sport Science U.S Academy Of Sports, Bintang Yudha Dharma Utama (Indonesia) dan Distinguished Service Order (Military) Singapore





























Najib dengan rasmi PM ke-6
Apr 3, 09 9:36am
kemaskini 10.15pm Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak hari ini dengan rasminya perdana menteri Malaysia keenam apabila istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah setia serta menyimpan rahsia sempurna dilangsungkan di Istana Negara, 10.10 pagi.Pemimpin-pemimpin kanan negara, pegawai kanan kerajaan dan dif-dif kehormat dari dalam dan luar negara diundang untuk menyaksikan peristiwa penting dan bersejarah ini.Balairong Seri sekali lagi menyaksikan peralihan politik negara ini dalam usianya 52 tahun selepas kemerdekaan.Stesen RTM akan menyiarkan secara langsung istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan serta sumpah rahsia Najib sebagai perdana menteri walaupun kesemua 81 ahli parlimen pembangkang membantahnya.Mereka memohon Yang di-Pertuan Agong menunda majlis tersebut sehingga satu suruhajaya bebas dibentuk untuk membersihkan ahli parlimen Pekan itu daripada sebarang dakwaan salah laku - antara yang popular, berkaitan kematian Altantuya Shaariibuu dan komisyen pembelian kapal selam Scorpene. Najib menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pelan peralihan kuasa Umno dan negara susulan ketewasan mengejut dan terburuk dalam sejarah BN pada pilihanraya umum lalu.Dilahirkan pada 1953 di Kuala Lipis, Pahang, Najib merupakan anak sulung perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan Rahah Mohamad Noah.
Ceburi politik
Beliau mendapat pendidikan awal di St John Institution, Kuala Lumpur sebelum meneruskan pelajaran ke Maven Boy's College, Worchestershire, England. Najib kemudiannya melanjutkan pelajaran ke University Of Nottingham, England dan mendapt ijazah pertama dengan kepujian dalam bidang ekonomi industri pada 1974.Beliau mulai menceburkan diri dalam arena politik selepas dipilih bertanding kerusi parlimen Pekan ekoran kematian mendadak bapanya di London Januari 1976. Najib menang tanpa bertanding dan muncul sebagai anggota Dewan Rakyat termuda pada usia 23 tahun.Najib dilantik sebagai timbalan menteri tenaga, telekom dan pos pada 1978 ketika usia 25 tahun. Pada 1982 hingga 1986, beliau menjadi menteri besar paling muda dalam sejarah negara, pada 29 tahun.Sepanjang penglibatannya dalam politik, Najib berkhidmat di pelbagai kementerian, termasuk timbalan menteri tenaga, telekom dan pos, timbalan menteri pendidikan dan timbalan menteri kewangan. Pada 1982, beliau bertanding dan memenangi kerusi DUN Bandar Pekan dan dilantik sebagai menteri besar Pahang.Pada 1986, ketika berumur 33 tahun, Najib menerajui kementerian kebudayaan, belia dan sukan dan selepas pilihanraya umum 1990, beliau berpindah ke kementerian pertahanan.Beliau dilantik menteri pendidikan pada 1995. Selepas pilihanraya umum pada 1999, beliau dilantik menerajui kementerian pertahanan. Setelah Abdullah mengambil alih jawatan perdana menteri pada Oktober 2003, Najib dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada 6 Januari 2004. Dalam kabinet 2008, beliau dilantik sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan. Manakala 17 September 2008, Najib dilantik sebagai menteri kewangan dan jawatan menteri pertahanan diterajui oleh Abdullah.
Selepas menunaikan solat Jumaat tengahari tadi, Najib menziarahi makam ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, perdana menteri kedua di Makam Pahlawan di Masjid Negara.Najib, ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bondanya Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohd Noah, keempat-empat adiknya Ahmad Johari, Mohamad Nizam, Mohamad Nazim dan Mohamad Nazir serta kaum keluarganya.Mereka meluangkan masa hampir sejam menziarahi pusara ayahandanya. Serah tugas
Sementara itu, Abdullah menyerahkan tugas perdana menteri kepada Najib di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya hari ini. Upacara penyerahan tugas itu berlangsung di tingkat lima, Pejabat Perdana Menteri pada jam 4.50 petang. Dalam upacara itu, Abdullah menyerahkan fail meja YAB Perdana Menteri berwarna biru sebagai tanda penyerahan tugas dan tanggungjawab kepada Najib, sambil disaksikan leh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.Upacara itu juga menandakan lengkapnya proses peralihan kuasa antara Abdullah dan Najib secara tersusun dan berjalan dengan lancar, mengekalkan tradisi peralihan kuasa negara dari dahulu hingga sekarang.

No comments:

Post a Comment