Monday, April 13, 2009

Nabi Idris a.s
Atas daya usaha Nabi Sheth A.S., sesetengah manusia mula mempercayai Allah. Masa berlalu, mereka mula menyembah berhala nabi mereka. Mereka mula menjadi tidak beragama, menyembah banyak tuhan dan tidak lagi beriman dengan Allah. Mereka mengambil jalan yang salah dalam hidup mereka. Pada suatu masa tertentu, Allah telah mengutuskan Nabi Idris A.S. untuk memulih dan membimbing mereka yang telah hanyut itu. Allah telah menyebutnya dalam al-Quran seperti berikut:
" Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka kisah) Idris (yang tersebut) dalam al-Quran. Sesungguhnya dia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi" (Maryam, 19: 56)
Seruan dan Penentangan
Nabi Idris A.S. menyeru umatnya kembali menyembah Tuhan yang satu. Baginda mengarahkan umatnya untuk meninggalkan penyembahan berhala mereka. Baginda menekankan bahawa mereka tidak boleh dikuasai oleh sifat cintakan harta dan kekayaan. Baginda menegah mereka daripada meminum arak dan minuman lain yang memabukkan. Hanya segelintir sahaja yang mendengar seruan baginda tetapi majoriti daripada mereka menentang keras terhadap baginda. Namun begitu, Nabi Idris A.S. tetap tidak berputus asa dan terus menyeru tanpa goyah pendiriannya. Baginda dihargai atas keimanan dan kesabaran yang kental.
"Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris, dan Dzulkifli. Mereka semua termasuk orang-orang yang sabar. Kami telah memasukkan mereka ke dalam rahmat Kami, sesungguhnya mereka termasuk orang-orang yang soleh" (Al-Anbiyya, 21: 85-86)
Penghijrahan ke Mesir.
Walaupun dengan usaha yang tidak mengenal penat, Nabi Idris A.S. masih tidak dapat mencapai kejayaan yang sepatutnya dan baginda rasa tercabar dengan kelakuan para penduduk zaman itu. Lalu baginda diarahkan untuk berhijrah ke Mesir dan melaksanakan tugasnya di tebing sungai Nil. Baginda menyeru supaya menuju kepada agama Allah kepada pelbagai kumpulan masyarakat dan menasihati mereka supaya berbuat baik dan bertamadun. Akhirnya baginda berjaya membawa perubahan dari segi moral dan sosial hidup masyarakat tersebut.
Kata-kata daripada Nabi Idris.
Baginda mengajar dengan teguran dan nasihat yang baik seperti berikut:
1. Jangan berasa dengki dengan kekayaan orang lain.2. Sesiapa yang mempunyai keinginan yang tidak terbatas, akan menghalangnya daripada berpuashati dengan kekayaan yang diperolehi.3. Seseorang mestilah ikhlas dalam pengabdian kepada Allah.4. Berdosa jika melakukan sumpah yang salah.
5. Sabar adalah kunci kejayaan6. Sesiapa yang mengawal nafsunya adalah seorang yang bertuah. Golongan yang berbuat baik sahaja akan hidup dalam syafaat daripada Allah semasa hari pembalasan.7. Sesiapa yang ingin mencapai kesempurnaan dalam ilmu, sepatutnya tidak terlibat dengan perlakuan yang tidak bermoral.
Nabi yang Mengetahui.
Nabi Idris dilahirkan seratus tahun selepas kematian Nabi Adam A.S. Baginda adalah manusia pertama yang belajar menulis. Diketahui bahawa 30 bahagian ayat-ayat suci Allah diwahyukan kepada baginda. Baginda adalah manusia yang menemui sains astronomi dan aritmetik.
Kematian Nabi Idris A.S.
Nabi Idris A.S. diangkat ke syurga ketika berusia 365 tahun. Ibn Jarir mengaitkannya dalam Rauzatul Ahbab yang Nabi Idris A.S. adalah sahabat kepada malaikat di dalam syurga. Malaikat telah mengangkat baginda ke syurga dan apabila mereka sampai di syurga aras keempat, mereka terjumpa dengan malaikat maut. Malaikat yang mengiringi Nabi Idris A.S. bertanya kepada malaikat maut tentang usia hidup Nabi Idris A.S. dan malaikat maut menjawab:
"Dimanakah Idris ? kerana aku diperintahkan untuk mencabut nyawanya"
Nabi Idris kemudiannya bersemadi di syurga aras keempat dan wafat di dalam sayap malaikat yang membawanya ke syurga. Mutwaslah adalah salah seorang anaknya yang diketahui telah membina tanda untuk Nabi Idris di bumi.
BAWANG PUTIH BAWANG MERAH
Pada zaman dahulu a
da sepasang suami isteri yang tinggal agak terpencil dari orang ramai. Si suami bernama Pak Ali dan Si Isteri bernama Mak Labu. Sungguhpun sudah lama mereka berumah tangga tetapi mereka masih belum mempunyai cahaya mata.
Pada suatu hari Pak Ali telah berterus terang dengan isterinya. “Labu, aku berhajat hendak beristeri seorang lagi kerana berkehendakkan anak, walaupun sudah lama engkau menjadi isteri aku tetapi engkau tidak dapat melahirkan anak.”
“Kalau bergitu niat abang, saya relalah abang berkahwin lain walaupun berat rasa hati ini,” beritahu Mak Labu terus terang.

“Terimakasih atas kerelaan engkau itu Labu. Aku akan bersifat sama adil bila aku beristerikan seorang lagi nanti,” janji pak Ali.

Akhirnya Pak Ali pun beristeri baru. Isteri barunya itu bernama Mak Kundur. Walaupun mereka bermadu tapi mereka tinggal serumah. Tepat seperti dijanjikan, Pak Ali melayan isteri-isterinya itu seadil-adilnya.

Setelah setahun berkahwin, dengan tidak disangka-sangka isteri tuanya yang disangka mandul itu mengandung empat bulan dan isteri mudanya mengandung tiga bulan.

“Syukur kepada Allah kerana tidak lama lagi aku akan mendapat dua orang anak sekaligus,” fikirnya dalam hati.

Apabila sampai masanya, kedua-dua orang isterinya itu pun melahirkan anak. Kedua-duanya anak perempuan belaka. Anak Mak Labu diberi nama Bawang Merah dan anak Mak Kundur bernama Bawang Putih. Nama-nama itu diambil sempena dengan tanaman Pak Ali yang sangat subur pada masa itu iaitu bawang merah dan bawang putih. Semenjak itu juga nama kedua-dua isterinya ditukar menjadi Mak Bawang Merah dan Mak Bawang Putih. Masa terus berlalu. Kini umur kedua-dua anaknya telah mencapai dua belas tahun. Rupa kedua-dua gadis itu sangatlah cantik. Memang sukar anak-anak gadis di kampung itu hendak mengatasi kecantikkan Bawang Merah dan Bawang Putih. Tetapi kalau ditanya kepada Mak Bawang Putih siapakah yang lebih cantik, tentu Mak Bawang Putih akan menjawab Bawang Putih yang cantik. Jika ditanya kepada Mak Bawang Merah, Mak Bawang Merah akan menjawab yang kedua-duanya sederhana tidak ada siapa yang lebih cantik.
Tentang perangai pula, didapati Bawang Putih lebih nakal dan jahat. Disuruhnya
Bawang Merah memasak nasi dan membuat kerja itu dan ini. Kalau di hadapan Pak Ali, Bawang Putih pandai pula bermuka-muka membuat kerja.

Pada suatu hari Pak Ali pergi mengail ikan dengan Bawang Merah. Hari itu nasib Pak Ali kurang baik kerana entah bagaimana Pak Ali disengat oleh seekor ikan sembilang yang baru sahaja mengena kailnya. Pak Ali memanggil anaknya Bawang Merah membantunya kerana tidak tahan menanggung kesakitan akibat disengat oleh ikan itu. Dengan perasaan yang cemas, Bawang Merah memapah bapanya pulang ke rumah.

Apabila sampai di rumah, kedua-dua isterinya terperanjat melihatkan Pak
Ali pulang dalam kesakitan. Mak Bawang Merah pergi menjemput Pawang Jidun iaitu seorang pawang yang terkenal di kampung itu. Pawang Jidun pun mengubat Pak Ali secara perubatan tradisional. Oleh kerana ajalnya telah sampai, perubatan Pawang Jidun tidak memberi apa-apa kesan. Pak Ali pun meninggal dunia. Pemergian Pak Ali yang kekal abadi itu ditangisi oleh keluarganya.

Semenjak Pak Ali meninggal dunia, perselisihan dan pergaduhan diantara Mak Bawang Merah dan Mak Bawang Putih selalu sahaja terjadi. Sebab utama tentulah hal anak-anak kerana mereka tinggal serumah jadi selalu sajalah mereka bertengkar.

Mak Bawang Putih sangat benci kepada Mak Bawang Merah. Dia sentiasa sahaja mencari peluang untuk menghapuskan Mak Bawang Merah. Pada suatu hari, peluang yang ditunggu-tunggu selama ini terbuka. Apalagi hanya mereka berdua sahaja yang berada ditempat itu. Kebetulan Mak Bawang Merah sedang menceduk air di perigi lama. Mak Bawang Putih datang dari arah belakang dan terus menolak Mak Bawang Merah ke dalam perigi. Oleh kerana perigi itu dalam, dia terus tenggelam dan lemas. Perigi itu jarang digunakan. Selalunya mereka menggunakan perigi di hadapan rumah mereka.

"Mampuslah engkau!” jerit Mak Bawang Putih dengan geramnya.

Tiga jam berlalu tetapi Bawang Merah masih belum tahu kemana emaknya pergi. Sedang dia termenung dan bersedih hati memikirkan ibunya, tiba-tiba Mak Bawang Putih datang dari arah belakang dan memukulnya lalu Bawang Merah pun jatuh pengsan di situ juga dengan berlumuran darah keluar dari hidung dan mulutnya. Mak Bawang Putih yang tidak menaruh belas kasihan apabila melihat Bawang Merah pengsan itu, terus mengajak anaknya bersama-sama pergi ke rumah saudaranya.

Tidak berapa lama selepas itu, Bawang Merah tersedar dari pengsan. Dia menangis tersedu-sedu sambil memangggil-manggil nama emaknya. Puas dipanggil dan dicari namun tidak ada. Dia juga hairan kerana Mak Bawang Putih dan Bawang Putih juga tidak ada di rumah. Hari sudah malam tidak ada sesiapa yang pulang. Bawang Merah merasa cemas tinggal keseorangan diri di rumah yang di kelilingi hutan tebal itu. Pintu rumah dikunci rapat-rapat. Setelah jauh malam akhirnya dia pun tertidur.
Dalam tidurnya dia bermimpi ibunya datang kepadanya dengan memakai telekung putih. “Anakku bawang Merah! Mak telah mati ditolak ke dalam perigi lama oleh Mak Bawang Putih semasa mak menceduk air. Mak tidak sangka dia tergamak melakukan perbuatan itu terhadap Mak. Ingatlah anakku, kau jagalah diri mu dari telatah Mak Bawang Putih yang ganas itu. Sekarang Mak hendak pergi dahulu. Kau tinggallah baik-baik.”

Sebaik sahaja emaknya meminta diri, Bawang Merah pun terjaga dari tidurnya. Dia memandang sekeliling mencari-cari emaknya. Mulutnya memanggil-manggil “Mak…….Mak.”

Namun tidak ada jawapan, barulah dia sedar rupanya dia bermimpi, dia menangis sekuat-kuat hatinya kerana dia pecaya segala kata-kata dalam mimipinya tadi dan tambahan pula dengan sikap Mak Bawang Putiah yang memukulnya dan meninggalkannya itu.

Esoknya, pagi-pagi lagi dia pergi ke perigi tersebut. Tanpa disedari air matanya membasahi kedua belah pipinya sambil mulutnya bersuara. “Mak……..Mak.”
Sedang Bawang Merah bersedih memerhati ke dalam perigi itu, dengan kehendak Allah tiba-tiba timbullah seekor ikan kaloi. Ikan itu boleh berkata-kata:“Wahai anakku Bawang Merah. Akulah mak engkau. Mak telah mati ditolak ke dalam perigi ini oleh Mak Bawang Putih. Engkau datanglah bermain dengan mak pada tiap-tiap hari. Bawalah makanan untuk mak sekepal nasi melukut dan sayur keladi.” Kemudian ikan itu tidak dapat berkata lagi untuk selama-lamanya.

Setelah itu Bawang Merah pun pulang ke rumah. Bila sampai di rumah didapati Mak Bawang Putih dan Bawang Putih sudah menunggu dengan muka bengis.

“Ke mana engkau pergi?”

Mak cik, saya sedang mencari mak saya,” jawab Bawang Merah.

“Mak engkau sebenarnya telah mati kerana jatuh ke dalam perigi. Aku telah berusaha hendak menolongnya tetapi tidak terdaya,” jawab Mak Bawang Putih berbohong.

Bawang Merah tidak berkata apa-apa. Dia tidak percaya dengan kata-kata Mak Bawang Putih. Dia yakin dengan mimpinya malam tadi dan percakapan ikan kaloi di perigi sebentar tadi.

“Lekas pergi ke dapur dan masak untuk kami. Ingat! Mulai hari ini kami berdua menjadi raja dalam rumah ini, kami tidak mahu membuat apa-apa kerja. Segala kerja seperti memasak, mencuci kain dan mengemas rumah adalah tugas engkau!” beritahu Mak Bawang Putih dengan sombong.

Bawang Merah terpaksa menurut sahaja perintah itu. Tiap-tiap hari tidak ada peluang langsung dia hendak berehat, asyik dengan membuat kerja sahaja.

Bagaimanapun pagi-pagi lagi sebelum Mak Bawang Putih dan Bawang Putih bangun dari tidur, dia sudah pergi ke perigi. Lalu dia bergurindam memanggil ibunya:

“Mak….Mak…..Ikan kaloi,

Timbullah Bawang Merah datang,

Nasi melukut sayur keladi,

Untuk mak makan di pagi hari.”

Sebaik sahaja Bawang Merah bergurindam, ikan kaloi itu pun timbul lalu Bawang Merah pun memberi makan. Setelah selesai Bawang Merah pun pulang.

Pada mulanya perkara itu tidak diketahui oleh sesiapa. Dua minggu selepas itu, rahsia itu pecah juga. Pagi itu Bawang Putih bangun dari tidur terlebih awal kerana hendak membuang air kecil. Selepas buang air, dia terdengar suara orang bergurindam. Perlahan-lahan dia mengintai di sebalik semak.
“Oh, di sini rupanya si Bawang Merah datang hari-hari. Akan aku perhatikan apa yang dibuatnya disini.” bisik Bawang Putih.

Dia dapat melihat dan mendengar segala-galanya yang berlaku. Lantas dia cepat-cepat pulang dan mengadu kepada emaknya.

“Oh begitukah? Nanti aku akan tangkap ikan itu!” kata mak Bawang Merah. Segala rangkap gurindam itu dihafal oleh Mak Bawang Putih. Pada waktu tengah hari ketika Bawang Merah sedang bekerja di rumah, Mak Bawang Putih pergi ke perigi itu dan membawa sekepal nasi melukut dan sayur keladi. Mak Bawang Putih pun bergurindam:

"Mak….Mak…..Ikan kaloi,
Timbullah Bawang Merah datang,
Nasi melukut sayur keladi,
Untuk mak makan di pagi hari.”

Ikan itu tidak timbul. Mak Bawang Putih bergurindam lagi. Tidak timbul juga. Kemudian Bawang Putih pula yang bergurindam. Tidak juga timbul. Bawang Putih bergurindam lagi. Barulah ikan itu timbul. Sebaik sahaja ikan itu timbul, ikan itu pun disauk dengan penyauk. Secara diam-diam mereka membawa balik ikan itu.

“Bawang Merah, tengah hari ini biarlah Mak Cik masak. engkau pergi cari kayu api,” katanya kepada Bawang Merah.

“Baiklah Mak Cik.”

Sepeninggalan Bawang Merah, Mak Bawang Putih pun menggulai ikan itu. Bila Bawang Merah pulang dari mencari kayu api, dia terus dipelawa makan nasi berlaukkan ikan gulai tadi. Berselera sekali nampaknya dia memakan ikan itu.
Keesokkan paginya seperti biasa Bawang Merah pergi ke perigi untuk memberi iakn kaloi itu makan. Dia bergurindam. Tapi berkali-kali dia mengalunkan gurindam ikan kaloi itu tidak timbul-timbul. Dia pun menangis teresak-esak kerana ikan kaloi tidak lagi timbul. Sedang dia menangis tiba-tiba terdengar satu suara ghaib …

“Tidak usahlah engkau menangis Bawang Merah. Ikan kaloi sudah ditangkap oleh Mak Bawang Putih dan sudah dibuat gulai yang engkau makan semalam. Dan sekarang engkau carilah tulang-tulangnya dan tanamlah.” kemudian suara itu pun hilang.

Sebaik saja suara itu ghaib, Mak Bawang Putih datang dari arah belakang dan memukulnya dengan kayu.

“Anak sial! Apa yang engkau buat di tepi perigi ini? Oh, engkau hendak berjumpa mak engkau ikan kaloi itu ya! Semalam yang engkau makan itulah ikan kaloi mak engkau! Lekas balik ke rumah dan masak nasi” herdik Mak Bawang Putih.
Setelah selesai memasak nasi, dengan senyap dia turun ke bawah rumah untuk mencari tulang-tulang ikan itu. Puas dia mencari, barulah berjumpa tulang-tulang itu dihimpun dan ditanam di atas bukit jauh sedikit dari rumahnya. Atas kehendak Allah Taala, dalam masa sebulan sahaja tukang-tulang ikan itu menjadi sepohon pohon beringin yang rendang. Dia menggantungkan buaian di dahan pohon itu. Ketika ada masa lapang, dengan diam-diam dia bermain buaian disitu. Sambil berbuai dia akan menyanyi:

Tinggi-tinggi pohon beringin
Kalau tinggi menyapu awan
Kalau rendah menyapu bumi
Laju-laju buai laju
Bertiuiplah angin bayu-bayu
Tolonglah aku yatim piatu

Dengan berbuat demikian dapatlah juga meghiburkan hatinya yang sedang gelisah. Pada ketika itu ada seorang raja sedang berburu. Baginda diiringi oleh beberapa orang hulubalangnya. Sudah dua hari dua malam baginda berburu tetapi tidak mendapat seekor binatang buruan pun. Namun begitu baginda tetap sukacita. Perangainya berbeza dari biasa. Biasanya kalau dalam keadaan begitu baginda sangat murka dan terus mengajak pengiring-pengiringnya pulang sahaja. Perubahan perangai baginda itu sangat luar biasa.

Pada pagi yang ketiga mereka berburu lagi. Tiba-tiba melintas di hadapan baginda seekor rusa. Dengan pantas baginda memanah tetapi tidak kena. Biasanya kalau seperti itu, rusa itu sudah tentu terkena anak panah baginda.

Baginda memerintah hulubalang-hulubalangnya mengejar rusa itu sambil mencari binatang buruan yang lain. Namun segala-galanya hampa. Sedang mereka berjalan-jalan, salah seorang hulubalang mendengar suara seorang perempuan menyanyi.
“Datuk Menteri, cuba dengar suara perempuan sedang menyanyi!” kata hulubalang kepada Datuk Menteri.

“Mengarut engkau ini. Dalam hutan begini mana ada perempuan menyanyi!” jawab Datuk Menteri.

“Cuba Datuk dengar sendiri.”

“Jangan-jangan suara hantu!” kata Datuk Menteri.

Mereka bersepakat hendak menghampiri ke tempat suara itu, akhirnya mereka dapat melihat penyanyi itu ialah Bawang Merah. Kerana wajah Bawang Merah yang sangat cantik mereka berpakat hendak mempersembahkan pertemuan itu kepada tuanku kerana tuanku raj
a masih belum beristeri.

Bawang Merah terasa dirinya sedang diintai. Dia pun cepat-cepat lari pulang. Dua orang hulubalang tadi mengekori Bawang Merah secara sulit untuk mengetahui rumahnya.

Kemudian mereka pun persembahkan perkara itu kepada baginda. Baginda sangat senang hati mendengar cerita itu. Mereka pun beramai-ramai pergi ke rumah Bawang Merah.
“Assaalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”jawab Mak Bawang Putih.
“Tuan hamba, sebentar tadi kami melihat ada seorang gadis cantik sedang bermain buaian di bukit sana.” Kata Datuk Menteri.
“Gadis cantik? Oh..memang ada dia anak patik,” jawab Mak Bawang Putih.
Maka mak Bawang Putih pun memanggil Bawang Putih keluar untuk mengadap Datuk Menteri.
“Bukan ini. Yang lain. Dia lebih cantik!” jawab Datuk Menteri.
“ Yang seorang lagi ada tapi dia orang gaji patik” jawab Mak Bawang Putih.
Bila mak Bawang Putih menarik Bawang Merah mengadap Datuk Menteri tiba-tiba Datuk Menteri menjerit.
“Haa inilah orangnya! Dialah yang berbuai dan menyanyi dengan merdunya!”
“Menyanyi?” fikir Mak Bawang Putih.
“Tuanku, kalau dalam soal menyanyi anak patik Bawang Putih lagi pandai.”

Untuk itu baginda sultan hendak membuat ujian di hadapan orang ramai. Mula-mula Bawang Putih dahulu yang menyanyi. Bawang Putih belum pernah menyanyi dan menaiki buaian lalu merasa kekok sekali. Hendak naik ke atas buaian pun teragak-agak. Kemudian dia pun menyanyi. Suaranya sumbang dan tidak ada irama langsung. Senikatanya pun tidak ada erti langsung.

Tiba pula giliran Bawang Merah. Secara senang sahaja dia menaiki buaian. Buaian itu tidak perlu dihayun. Ia berbuai sendiri semakin lama semakin laju. Nyanyiannya pula sangat merdu. Sama seperti yang di dengar oleh Datuk Menteri dan hulubalang-hulubalang. Dengan itu baginda sultan pun bersetuju menjadikan Bawang Merah permaisuri baginda.
“Apakah ini orang gaji Mak Cik?” tanya baginda.
“Ampun tuanku, sebenarnya dia ini anak tiri patik. Walaupun anak tiri, patik menjaga seperti anak sendiri”.

Akhirnya berkahwinlah Bawang Merah dengan tuanku. Dia pun menjadi isteri kesayangan baginda dan telah berpindah di istana baginda. Walaupun begitu Bawang Merah tetap tidak menyisihkan Mak Bawang Putih dan Bawang Putih. Mereka tetap diajak tinggal bersama di istana.


Walaupun dapat tinggal di istana dengan segala kemudahan disediakan, namun iri hati dan jahatnya masih membara. Mak Bawang Putih ingin melihat Bawang Merah bercerai dengan baginda sultan dan mengambil anaknya Bawang Putih sebagai ganti.
Sambungan Bawang Merah Bawang Putih
Suatu hari dia masuk ke bilik Bawang Merah.

“Sungguh-sungguhkah kau sayangkan suamimu?” tanya Mak Bawang Putih kepada Bawang Merah.

“Kenapa Mak Cik tanya begitu? Takkan saya tidak sayang kepada suami!” jawab Bawang Merah.

“Begini, sebenarnya engkau ini tidak layak menjadi permaisuri kerana tidak berketurunan raja!”

“Benar kata makcik itu. Habis apa saya harus buat?”

Lalu diberi sebungkus miang buluh. Miang buluh itu disuruh tabur di seluruh tempat tidur baginda.

“Dengan cara ini baginda akan merasa sangat sayang kepada engkau dan baginda akan lupa sama sekali tentang keturunan engkau,” kata Mak Bawang Putih. “Tetapi jangan beritahu yang Mak Cik suruh berbuat begitu,” pesannya lagi.

Malam itu baginda hendak beradu. Oleh kerana terasa hangat, baginda membuka baju lalu merebahkan diri di atas katil.

“Aduh gatalnya! Miang rasanya. Apakah benda ini?”

“Kenapa kanda?” tanya Bawang Merah terperanjat.

“Apa yang adinda tabur di tempat tidur kanda ini?”

“Dinda tabur miang buluh untuk mengeratkan lagi ikatan kasih sayang kita berdua.”

“Dinda, dinda! Kenapalah dinda bodoh sangat!” keluh baginda sultan.

Di hari lain pula, Mak Bawang Putih masuk lagi ke bilik Bawang Merah untuk menghasut.

“Bagaimanakah miang buluh yang makcik suruh engkau tabur itu?”

“Saya telah lakukan dan nampaknya baginda murka juga tetapi tidak berpanjagan.”

“Ini menandakan yang petua ini mulai berjaya kerana kalau baginda betul-betul murka, tentu dihalaunya engkau,” kata Mak Bawang Putih. “Ada sejenis lagi ubat kasih sayang yang engkau mesti lakukan terhadap baginda.”

“Saya tidak mahu lagi makcik. Saya takut baginda murka!”

“Jangan jadi bodoh Bawang Merah. Selagi engkau tidak lakukan yang ini, kasih sayang engkau tidak akan berpanjangan.”

Mak Bawang Putih berbisik kepada Bawang Merah. Bawang Merah terperanjat mendengarnya.

“Tidak makcik! Saya tidak mahu melakukannya!”

Mak Bawang Putih terus juga memujuk. Akhirnya Bawang Merah termakan pujuk. Dia pun mula melakukan apa yang diajar oleh Mak Bawang Putih itu.

Dia mengambil sebilah kapak yang tajam. Digantung hulunya di atas palang pintu. Sebaik sahaja baginda membuka pintu, dia akan menghayun mata kapak itu. Sudah tentu akan mengena dahi baginda.

Tidak lama lagi baginda akan masuk bilik. Bawang Merah bersedia dengan kapak yang tergantung itu. Baginda pun masuk. Kapak dihayun.

“Aduh kenapa ini dinda?” baginda berteriak kesakitan.

“Kanda!” Bawang Merah menerkam. Darah keluar dari dahi baginda akibat terkena mata kapak.

“Apakah yang dinda lakukan ini?” tanya baginda kehairanan.

“Untuk mengekalkan hubungan kasih sayang kita berdua!”

“Siapa yang mengajar semua ini?”

“Mm..Mm..Mak Bawang Putih.”

Mak Bawang Putih disuruh menghadap baginda. Oleh kerana niat jahatnya itu masih tidak dihentikan, baginda menghalau Mak Bawang Putih dan anaknya Bawang Putih keluar dari istana.

Maka dari itu terpaksalah mereka berdua bekerja semula untuk menyara hidup mereka.
…PBSMM…
SEJARAH BULAN SABIT MERAH/PALANG MERAH
Sejarah Palang Merah

Pengasas -Jean Henry Dunant
T/Lahir -Geneva Rue Verdaine (Bandar lama
Switzerland)T/lahir -8 Mei 1828
Tarikh
Sejarah
1855
Memulakan perniagaan sebagai seorang Banker di
Algeria (Young mens Christian Assosiation) YMCA iaitu perikatan sedunia.
1858
Menubuhkan The Mons.Diemile Mill Company LTD di
Algeria kerana berasa kurang senang dengan pentadbiran negara itu dan berjumpa dengan Nepoleon III
25 Jun 1859
Berada di medan perang Solferino dan berusaha memperbaiki penjagaan dan perhatian perubatan untuk kombatan dalam Perang
Australia dengan perikatan Tentera Perancis Sedunia.
1862
Menerbitan buku yang bertajuk “kenangan di Solferino”
9 Feb 1863
Genevese Society of Public Utility bersetuju memperaktikan ideanya (Henry Dunant)
Sep/Okt 1963
Beliau mengembara di Eropah Tengah dan mendapati beberapa orang raja iaitu raja iaitu Raja Muda dam pemimpin tentera telah menaruh minat dengan idea dan projeknya.
26-29 Okt
Persidangan Antarabangsa Genevese bersetuju menubuhkan Palang Merah yang diasaskan oleh Henry Dunant.
1864
Konvensyen pertama ditandatangani tanpa Henry Dunant
1871
Beliau berada di Paris semasa dalam kepungan,kemudian mengembara di serata negara
Jerman, England dan Perancis
Disember 1892
Beliau dimasukan ke dalam hospital di Heidden (
Switzerland) dan membuat bukunya.
1901
Beliau menerima anugerah keamanan nobel yang pertama
30 Okt 1910
Beliau meninggal dunia di Heidden ketika berumur 82 tahun.


Ringkasan Sejarah Palang Merah
Pendahuluan -136 tahun lamanya-meluaskan aktivitinya dalam pelbagai bidang dan menyatukan bejuta-juta manusia. Pertempuran-Tercetus dalam hati dan pemikiran Henry Dunant semasa berada di
medan pertempuran di Solferino( Utara Itali)
-Jun/ 1859-24/4/1859
Australia bertempur dengan tentera Perikatan Perancis-Sardinia berhampiran dengan solferino-40 000 orang terkorban,tercedera dan hilang tetapi pada masa itu,Perkhimatan perubatan tentera masih belum wujud dan ada yang mati tanpa rawatan.-Di sebuah gereja Castiglione,Henry Dunant (berpakaian putih) melancarkan pertolongan melalui penduduk kampung.-Bantuan diberi tanpa mengira pakaian seragam dan bangsa.
Kenangan di Solferino-Permulaan usaha kemanusiaan.-Diterbitkan pada November 1862 iaitu sebuah buku yang bertajuk “kenangan di Solferino” dan telah mencuit perasaan pembacanya. Satu Tanda Sejarah-
Geneva merupakan tempat yang sesuai untuk menjalankan aktiviti kemanusiaan.-The Society Genevaise d’Utilite Publigue dan di pengerusi oleh Gustave Moynier iaitu peguam muda-Peguam muda berkenaan telah menunjukan minatnya yang dikemukan oleh Henry Dunant.-Bersama-sama Henry iaitu Guillaume,Henry Dufour,Louis Appia, The Odore, Mounier, Moynier menubuhkan jawatankuasa antarabangsa untuk membantu mereka yang tercedera.-kemudian nama Palang Merah ditukar kepada Pertubuhan sendiri iaitu Intertional Comunitte Of Red Cross (ICRC)-Menjadikan ahli organisasi yang dikenali “League of Aim” di Geneva yang bertujuan memberi keselasaan rohani dan jasmani serta membantu yang miskin,sakit dan mereka yang serba kekurangan.
Delegasi Tidak Rasmi 26 Ogos –29 Okt 1863
-Terdiri daripada 16 negara bermesyuarat di
Geneva dan meluluskan resolusi kuasa.
-Kemudian bersetuju mewujudkan pertubuhan persendirian di negara masing-masing.-Tujuan : berkecuali bagi merawat mereka yang tercedera (menjaga dan merawat) telah dimaktubkan dalam suratacara Diplomatik. -Pekerja bantuan dan alat perubatan di lindungi dengan lambang khas Palang Merah (berlatar belakang Putih).-Februari 1864 peperangan antara Prusia dan
Denmark.-Dr Louis Appia bertugas untuk tentera Prusia-Ikatan Palang Merah di pergelangan tangan memudahkan bagi pergerakan di
medan perang.-1863 Pertubuhan persendirian menghadapi masalah pengiktirafan secara rasmi untuk bertugas di
medan perang terutama negara Jerman.-Perjumpaan diadakan semula secara untuk membuat pegiktirafan semula.-Ogos 1864 kerajaan
Switzerland mengadakan satu persidangan Diplomatik Geneva dan dihadiri oleh 12 negara.-Konvensyen Geneva ditandatangani oleh 12 negara tersebut pada 22/8/1864 Konvensyen Geneva-Menunjukan undang-undang boleh dikuatkuasakan walaupun semasa perang.-Mengenakan peraturan kemanusiaan.-mengandungi 10 artikel antaranya ialah : *Doktor dan anggota perubatan tidak menjadi kombatan perang (keberkecualian)*Memberi bantuan kepada semua manusia tanpa mangsa (kesaksamaan)*Ambulan tentera dan hospital diiktiraf sebagai berkecuali.*Anggota awam yang memberi bantuan harus dihormati. Konvensyen 1864-Kerja kemanusiaan dilakukan: #Perancis-Prussia (1870-1871) #Sepanyol-Amerika(1898) #Rusia-Jepun(1904) Pertubuhan Geneva Pertama-Mengadakan persidangan kumpulan delegasi daripada pertubuhan-pertubuhan kebangsaan dari JAPM(ICRC) dan diwakili oleh wakil negara.-Mencadangkan menerima pakai rukun kebangsaan yang baru berasaskan pengalaman. Persidangan Pertama diadakan :-
Paris (1867) Berlin(1869
Geneva(1884)Karisruhe(Rome 1892)
Viena(1897)
Petersburg(1902) -Pertubuhan 22 persatuan kebangsaan dalam masa 10 tahun.-Semua negara Eropah termasuk Rusia dan Turki menerima konvensyen 1864-1867 Semasa Perang Rusia dan Turki, kerajaan Turki memberitahu kerajaan Switzerland (penjaga konvensyen Geneva) bahawa Turki ingin menggunakan Lambang Bulan Sabit sebagai menggantikan Palang Merah.-Pertukaran lambang ini diikuti oleh negara-negara lain.(
Malaysia)
PERTOLONGAN CEMAS / BANTU MULA
Definisi:Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.Prinsip-prinsip pertolongan cemas:
Menyelamatakan nyawa
Mengurangkan kesakitan
Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital
Peraturan Am Pertolongan cemas:
Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu
Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannyasahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mulamemerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.
Tindakan serta merta pertolongan cemas:
Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna . Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:
Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D]
Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. [R]
Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A]
Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation [B]
Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].
Teknik-Teknik RAWATAN Pertolongan CemasLuka/Pendarahan1. Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti [darah membeku]2. Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas kawasan yang luka3. Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan otak. Praktikkan teknik RICE.4. Tenangkan mangsa.5. Hantar mangsa dengan segera ke hospital.KeracunanTanda-tanda:
maklumat dari mangsa
mangsa sakit dengan tiba-tiba
kesan terbakar di sekeliling mulut atau bibir
anak mata menguncup ke saiz mata jarum peniti. Rawatan:1. Larutkan racun dengan memberi segelas air atau susu jika mangsa sedar dan tiada tanda-tanda sawan. JANGAN beri minuman jika mangsa muntah.2. Simpan bekas racun bagi tujuan analisis.3. Segera hubungi hospital4. Jangan cuba meneutralkan racun tersebut dengan cuka atau air limauTerkejutTanda-tanda:
badan berpeluh
pucat
rasa nak pengsan
resah
nafas kerap tapi tipis
kadar nadi bertambah tapi lemah Rawatan
Baringkan mangsa
Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga
Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi ‘recovery’
Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan kaki ditinggikan
Selimutkan jika suhu badan menurun
Segera hantar ke hospital TerbakarKlasifikasi terbakar1. First Degree - dipermukaan kulit sahaja a. Kemerah-merahan atau hilang warna b. bengkak sedikit dan rasa sakit c. cepat sembuh2. Second Degree - melibatkan hujung-hujung saraf a. merah b. ada tanda-tanda gelembung [blisters] c. bengkak yang nyata [beberapa hari] d. kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang rosak.3. Third Degree a. kerosakan tisu lebih dalam b. kemusnahan pada lapisan kulit luar c. tisu-tisu dalam dapat dilihat.Important!!!! Orang dewasa yang 15% permukaan badan dan kanak-kanak 10% permukaan badan terbakar perlu dimasukkan ke hospital
Rawatan
Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk
tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih
baringkan mangsa
jangan gerakkan bahagian yang terbakar
beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar
hantar segera ke hospital MelecurRawatan
sejukkan dengan air sejuk
jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian
rawat seperti mangsa terbakar Kejutan Elektrik
putuskan hubungan elektrik
periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan [EAR] jika pernafasan mangsa terhenti
rawat bagi terbakar jika ada Terseliuh [dislocation]Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta lutut.Rawatan: RICE
Rehatkan kawasan yang cedera [Rest]
Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera [Ice]
Balut tempat yang cedera [Compression]
Tinggikan tempat cedera dari paras jantung [Elevation]
Hantar ke hospitalKetegangan OtotKecederaan apada otot akibat terregang berlebihan, akibat terlebih guna atau mengangkat benda yang berat. Tanda dan alamat - sakit yang tajam di tempat cedera dan diikuti dengan bengkak.Rawatan: RICETerkehelKecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya. Biasanya di bahu, siku, jari dan rahang. Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang. Tanda-tanda: Sakit tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, cacat bentuk anggota tersebut.Rawatan:1. Berikan rawatan renjatan.2. Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal.3. Jangan lakukan banyak pergerakan.4. Balut dengan padding atau anduh di tempat yang cedera.5. Hantar segera ke hospital.
Lyrics : Tan Sri Dato’ Dol RamliSong : Dato’ Johari Salleh
Lagu Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
Bulan Sabit Merah Di MalaysiaGiat Berjasa Untuk NegaraTidak Kira Kaum Dan AgamaWaktu Aman Atau Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan SeduniaMembantu Semua Yang MenderitaBadan Sukarela BerkhidmatDengan Tabah Dan Bersemangat
Di Mana Jua Adanya SengsaraDi Sana Ada KitaDi Darat Dan Laut Kita BersediaWalaupun Diancam Bahaya
Bulan Sabit Merah Di MalaysiaGiat Berjasa Untuk NegaraTidak Kira Kaum Dan AgamaWaktu Aman Atau Bahaya
Bulan Sabit Merah Di MalaysiaGiat Berjasa Untuk NegaraTidak Kira Kaum Dan AgamaWaktu Aman Atau BahayaBulan Sabit Merah Gerakan SeduniaMembantu Semua Yang MenderitaBadan Sukarela BerkhidmatDengan Tabah Dan Bersemangat
Di Mana Jua Adanya SengsaraDi Sana Ada KitaDi Darat Dan Laut Kita BersediaWalaupun Diancam Bahaya
Bulan Sabit Merah Di MalaysiaGiat Berjasa Untuk NegaraTidak Kira Kaum Dan AgamaWaktu Aman Atau Bahaya
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
(Malaysian Red Crescent Society)

PENDAFTARAN PASUKAN BELIA/KANAK-KANAK (Registration of Your/Link Unit)

SELANGOR GOMBAK
CAWANGAN(Branch) -------------------------- CABANG (Chapter) --------------------

Permohonan untuk menubuhkan Pasukan Belia/Kanak-kanak
(Application is hereby to form a Youth/Link Unit)

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KERAMAT (2)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(Nama Sekolah (Name of School)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
43 ORANG 23 ORANG
Keahlian (Membership) :Lelaki (Male)--------------------------- Perempuan(Female)-----------------

EN.BADLISHAM BIN SIDI AHMAD
Nama dan Alamat Guru Penasihat : ---------------------------------------------------------------------------
(Name and Address of Teacher Advisor)
15-3-2 KELUMPUK SERINDIT C JLN 5/56 AMPANG ULU KELANG 54200 KUALA LUMPUR.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Tandatangan Pengetua Sekolah : ------------------------------------
(Signature of Headmaster)



Tandatangan Pengarah Cawangan : ------------------------------------
(Signature of Branch Director)


------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(Untuk kegunaan Ibu Pejabat Kebangsaan (For National HQ use)


Dengan ini disahkan yang : ------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Telah didaftarkan bernombor : --------------------------------------------------------------------

Sebagai Pasukan Belia/Link di Ibu Pejabat Kebangsaan ,PBSMMM(at the MRCS National Headquarters)


Pada (On) :-------------------------------------
-----------------------------------
SETIAUSAHA AGONG
(Secretary General)

Borang ini hendaklah dipenuhi dalam 3 salinan dan dihantar ke IPK
(This form must be completed in triplicate and sent to Society’s HQ)
Pasukan Belia ditubuhkan di Sek.Men(Youth unit are formed in Secondary School)
Pasukan Kanak-Kanak ditubuhkan di Sek.Ren (Link unit are formed in Primary School)
Si Luncai Dengan Labu-labunya

Si Luncai telah dijatuhkan hukuman oleh raja supaya dibuang ke tengah laut. Si Luncai dihukum kerana kesalahannya mempermain-mainkan raja serta pembesar-pembesar baginda oleh itu dia menerima hukuman itu dengan tenang. Pesuruh raja pun bersiaplah membawa Si Luncai ke dalam perahu untuk dibawa ke tengah laut kerana Si Luncai akan dibuang ke dalam laut itu nanti. Si Luncai telah dimasukkan ke dalam sebuah guni dan dipikul ke pangkalan. Apabila sekaliannya telah siap, maka perahu itu pun dikayuhlah ke tengah laut. Dari dalam guni itu Si Luncai dapat melihat beberapa biji labu air terdapat di dalam perahu. Setelah lama mereka berkayuh, maka Si Luncai berkata; “kasihan benar aku melihat kamu semua terlalu teruk berkayuh. Mahukah kamu semua jika aku ajarkan lagu untuk menghilangkan penat kamu semua itu?” Salah seorang daripada mereka berkata; “Diamlah kamu, sebentar lagi kamu akan dicampakkan ke dalam laut ini”. Mendengar kata-kata yang sedemikian itu, maka Si Luncai pun menyanyilah. “Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan!” Mendengar Si Luncai menyanyi itu, pesuruh raja itu mula tertarik dan beberapa orang pekayuh mula menyanyi: “Si Luncai terjun dengan labu-labunya!” Maka beberapa orang yang lain pun menjawablah: “Biarkan! Biarkan!” Akhirnya mereka menjadi dua kumpulan menyanyikan lagu itu. “Si Luncai terjun dengan labu-labunya!” “Biarkan! Biarkan!”
Demikian lagu itu dinyanyikan berulang-ulang hingga lekalah mereka semuanya.
Melihatkan keadaan itu, maka Si Luncai pun keluar dari guni dan dia mengisikan beberapa biji labu ke dalam guni itu dan kemudian dia mengambil dua biji labu yang lain lalu terjun dar perahu itu. Si Luncai berenang ke tepian menggunakan pelampung labu air yang dua biji itu.
Apabila sampai ke tengah laut, pesuruh raja pun mencampakkan guni itu ke dalam laut. Pada mereka, matilah Si Luncai dan merka pun baliklah memberitahu raja akan hal itu. Tiada siapa yang tahu bahawa Si Luncai sebenarnya telah berenang sampai ke pantai.

Al kisah, maka adalah suatu cerita, kononnya sebuah negeri nama Halban Cundung. Nama rajanya Indera Maya, cukup dengan hulubalang menterinya. Maka adalah dipeminggiran negeri raja itu seorang peladang tiga beranak, anaknya laki-laki dinamakannya Belalang, menjadi orang-orang semuanya memanggil orang tua peladang itu Pak Belalang. Maka pada suatu tahun semua orang tiada dapat padi berladang, oleh sangat kemarau. Maka yang hal sepeladang tiga beranak itu sangatlah kesusahan hendak mencari makanan, tiadalah dapat daya dan upaya lagi, melainkan dengan makanan kutip katap sahaja, ya ni terkadang makan ubi, tebu, pisang, keladi dan sebagainya.
Hatta, antara beberapa lamanya didalam hal yang demikian itu, sampailah pula musim piama. Maka orang bekerja bendang pun masing-masing turun kebendangnya membuat pekerjaan, ada yang mencuci parit, membaiki batas-batas mana-mana yang patut dan rusuk, dan ada yang menengala dengan kerbau, ya ni tanah didalam petak bendang itu supaya menjadi lembut semuanya, boleh senang menanam padi, lagi pula menyuburkan pokok padi sampai kepada buahnya. Maka ada pula yang memagar dan berbuat berbagai-bagai ikhtiar supaya terpelihara daripada mara bahaya musuhnya seperti tikus, ulat dan babi. Maka didalam hal yang demikian itu semua orang membuat pekerjaan, melainkan Pak Belalang tiga beranak asyik dengan tidur siang malam dirumahnya dengan berdukacita yang teramat sangat akan kehidupannya yang akan boleh makan.
Maka pada suatu hari Pak Belalang berkata kepada anaknya nama Si Belalang itu, wahai anakku, apalah sudah untung kita demikian ini. Tiadalah dapat apa-apa yang dijadikan makanan kita anak beranak. Maka jawab anaknya, apakah fikiran aki? Maka kata Pak Belalang, pada fikiranku pergilah anakku sembunyikan kerbau orang yang menenggala dibendang itu barang dua ekor, taruh didalam semak-semak itu. Jikalau orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakana aku tahu bertenung menentukan dimana-mana tempat kerbau itu.
Sebermula, telah sudah bermesyuarat kedua beranaknya, pada waktu matahari rembang orang-orang bendang itu kelelahanlah penat. Masing-masing pun berhentilah naik kedangaunya makan minum dan setengah tidur. Maka kerbau-kerbau mereka itu ditambatkan ditepi batas yang disebelah naung, makan rumput dan setengah dilepaskan dengan tali-talinya berkubang.
Arakian, Si Belalang pun, lepas bermesyuarat dengan bapanya itu, lalulah ketempat kerbau yang teramat itu dengan seorang dirinya terhendap-hendap mengintau tuan kerbau itu. Telah sampai lalu dipegangnya tali kerbau, diambilnya dua ekor, ditambatkannya kepada pohon kayu besar kira-kira sebatu jauhnya daripada tempat itu. Maka ia pun pulang kepada bapanya, habis dikabarkannya hal ehwalnya. Maka sangatlah sukacita bapanya mendengarkan perkataan anaknya oleh mengikut seperti pengajarannya.
Hatta, tersebut perkataan orang-orang bendang itu. Apabila telah beralih hari, masing-masing pun turunlah kebendangnya sambil hendak mengambil kerbau. Maka dilihat dua ekor kerbaunya sudah hilang. Jenuh mencari tiada jump, sambil berkata, siapakah gerangan agaknya tahu bertenung ini? Kita hendak tenungkan kerbau yang hilang ini. Maka pada ketika itu Si Belalang sedang bermain dekat-dekat meraka itu. Maka katanya, bapaku tahu juga sedikit-sedikit bertenung.
Jawabnya tahu juga. Maka kata orang bendang itu, marilah kita sekalian pergi kepada Pak Belalang minta ditenungkan. Jawab kawannya, moh la. Lalu pergilah orang-orang bendang itu kepada Pak Belalang. Maka pada ketika itu Pak Belalang pun ada dirumah sedang memegang gobek. Lalu ditegurnya akan mereka itu seraya katanya, apakah hajat anakku sekalian ini? Jawab orang-orang itu, kita ini mendapatkan Pak Belalang minta tenungkan kerbau kita hilang, jenuh mencarinya.
Maka kata Pak Belalang pun mengambil kertas yang buruk, ditulisnya bagai bekas cakar ayam sahaja, dengan tawakal diperbuatnya serta membilang-bilang jarinya dan memejam-mejamkan matanya. Katanya, ayuhi anakku, kerbau itu dua yang hilang ada disebelah matahari mati, ditambatkan orang dipohon kayu besar. Pada petuanya jikalau lambat dituruti nescayalah ia mati.
Demi orang-orang itu mendengarkan perkataan Pak Belalang, sangatlah sukacita hatinya. Lalulah pergi setenganya mencari dan yang setengah balik pulang. Kemudian antara beberapa lamanya mereka itu pun sampailah ketempat yang ditambatkan oleh Si Belalang itu. Maka kerbau dua ekor itu hampir akan mati kerana tersangat dahaga, lalu diambilnya, dibawa pulang kerumahnya akan Pak Belalang tahu tenung. Maka singgahlah mereka itu dirumah Pak Belalang, serta membawa beberapa banyak hadiah daripada beras, padi, tembakau, gambir, ikan dan lain-lainnya adalah berharga kadar lima puluh derham. Maka sangatlah kesukaan hati Pak Belalang menerima hadiah mereka itu, dengan beberapa kesenangan ia makan anak-beranak.
Kelakian, tersebutlah Raja Indera Maya didalam negeri itu. Pada suatu malam kecurianlah baginda tujuh biji peti yang berisi emas, intan, derham dan lain-lain mata benda yang mahal-mahal harganya. Maka dititahkan oleh baginda memukul canang segenap pekan didalam negeri itu, titahnya, siapa-siapa tahu bertenung raja memanggil kedalam, hendak minta tenungkan harta yang hilang kecurian tujuh buji peti semalam. Maka didengar oleh bendang yang hilang kerbau itu. Katanya, yang kita tahu, orang yang pandai bertenung, boleh dapat dengan segeranya.
Maka kata tukang canang itu, dimanakah rumahnya? Jawab orang bendang itu, itulah rumahnya. Maka pergilah tukang canang itu. Didapati Pak Belalang ada hadir dirumahnya. Lalu mereka bertanya, ayuhai Pak Belalang, iakah sungguhh tahu bertenung? Maka jawabnya, tahu juga sedikit. Maka kata tukang canang, marilah mengadap baginda, kerana baginda kecurian tujuh biji peti semalam.
Maka jawab Pak Belalang, baiklah. Maka ia pun pergilah mengadap baginda bersama-sama dengan tukang canang. Apabila sampai kedalam lalu ditegur oleh baginda seraya bertitah, hai Pak Belalang, tahukah engkau bertenung? Maka sembah Pak Belalang, ampun Tuanku beribu-ribu ampun, tahu juga sedikit kerana patik ditinggalkan hamba tua dahulu empat peti kitab tiba dirumah patik dari hal kisah pencuri barang-barang yang hilang.
Maka titah baginda, jikalau baginda beta beri tempoh didalam tujuh hari ini, beta minta tenungkan harta beta yang hilang itu. Jika tiada dapat engkau tenungkan harta itu, nescaya beta bunuh kerana membuat bohong mengatakan ada empat biji peti tib ilmu nujum. Maka sembah Pak Belalang, Daulat Tuanku titah patik junjung. Insyaallah ta`ala, berkat dengan tinggi daulat, bolehlah patik tenungkan, Tuanku.
Maka Pak Belalang pun bermohon balik, dikurniakan oleh baginda seratus derham akan belanjanya. Hatta, apabila sampai kepekan, maka dibelinya beras, ikan, minyak dan tepung, dibawa balik kerumahnya, diberikan kepada isterinya. Maka tanya isterinya, dimana Pak Belalang dapat barang banyak-banyak ini? Curikah? Jawabnya, tiada aku curi, raja memberi kepada aku, disuruhnya bertenung hartanya hilanh tujuh biji peti semalam konon. Maka tepung ini perbuatlah roti. Aku teragak hendak makan roti rasanya.
Maka diambil oleh perempuannya barang-barang itu diperbuat roti. Seketika nanti hari pun malam. Lepas makan nasi tiga beranak itu, Pak Belalang pun berbaring ditengah rumahnya oleh sebab letih berjalan tadi. Maka isterinya pun masaklah roti itu didapurnya, direndangnya sebiji-biji, maka berbunyilah roti itu kena minyak didalam kuali, chur bunyinya. Maka oleh Pak Belalang dibilangnya dari tengah rumah itu, katanya, satu membilang roti itu.
Maka dengan takdir Allah, berkat ia bertawakal membuat pembohong itu, tatkala ia membilang roti itu maka kepala pencuri yang mengambil harta baginda itu ada orang terdiri dihalam Pak Belalang, barulah ia keluar dari hutan, kerana jalannya pergi datang itu dekat dengan rumah Pak Belalang. Kemudian chur bunyinya sekeping roti lagi, dibilangnya, dua. Maka pencuri itu pun sudah dua berdiri dihalamannya. Kemudian tiga, maka pencuri itu pun sudah tiga orang disitu. Kemudian tujuh keping roti dibilang oleh Pak Belalang, bersetuju dengan pencuri itu telah ada disitu ketujuh-tujuhnya.
Maka kata kepala pencuri itu, Hai kawan-kawan sekalian, ada pun kita ni sudah diketahui oleh orang tua Pak Belalang akan kita ada disini. Pada fikiranku, tentulah ia tahu kita tujuh orang ini yang mengambil harta raja itu dan sekarang baiklah kita pergi berjumpa dengan dia berkabarkan kesalahan kita yang mengambil harta raja itu. Jawab yang berenam itu lagi, baiklah mari kita pergi kabarkan supaya lepas nyawa kita mati dibunuh raja itu. Maka pencuri ketujuh itu pun pergilah mengetuk pintu Pak Belalang. Maka kata Pak Belalang siapa itu?
Jawabnya, kita hendak berjumpa dengan Pak Belalang. Maka dibuka oleh Pak Belalang pintunya lalu naiklah pencuri ketujuh-tujuh orang itu seraya duduk berjabat tangan dengan Pak Belalang. Maka kata Pak Belalang, dari mana datang dan apakah hajat? Maka jawab pencuri, kami datang ini minta nyawa kepada Pak Belalang. Jangan kamu sekalian dibunuh, kerana kamilah semua yang mengambil peti raja negeri ini, yang hilang tujuh biji itu. Oleh sebab jikalau tiada kita berkabarkan benar pun, Pak Belalang sudah tahu, kerana Pak Belalang di rumah, kami di tanah lagi belum nampak sudah Pak Belalang bilang.
Sebermula telah didengar oleh Pak Belalang akan perkataan pencuri ketujuh itu sangatlah sukacitanya sambil berdaham. Katanya, dengan sesungguhnya aku tahu. Masa anakku di tanah tadi aku bilang di rumah ini satu hingga ketujuh. Benar atau tidak bilangan aku itu? Maka jawab pencuri itu dengan ketakutan, benar. Itulah sebabnya kami sekalian takut akan Pak Belalang berkabar kepada raja, matilah kami sekalian di bunuh oleh raja itu.
Maka kata Pak Belalang, jikalau sungguh anakku sekalian berkata benar, tidaklah dibunuh oleh raja. Dimanakah harta raja itu sekarang? Jawab pencuri itu, adalah kami sekalian tanamkan disebelah selatan didalam hutan, lebih kurang ada sebatu dari sini. Kami sekalian tanamkan didalam tanah tiada apa-apa rusak, bolehlah Pak Belalang ambil harta raja itu balik. Maka kata Pak Belalang, baiklah, tetapi jangan membuat bohong. Tentu aku suruh bunuh kepada raja.
Maka bersumpahlah pencuri itu mengatakan tidak bohong sekali-kali. Kemudian roti yang dimasak oleh isteri Pak Belalang itu pun dijamukannyalah kepada pencuri-pencuri itu. Lepas makan mereka itu pun turunlah berjalan. Hatta, telah siang hari, Pak Belalang pun pergilah mengadap Raja Indera Maya seraya baginda bertitah, apa kabar, Pak belalang? Adakah dapat ditenungkan di dalam tib darihal itu?
Maka sembah Pak Belalang, insyaallah ta`ala, dengan berkat tinggi daulat dapatlah dalam tib-tib patik itu, Tuanku. Patik peroleh satu buku, didalamnya ada tersebut bahawasanya ada pun hartanya yang hilang tujuh orang, dibawahnya kesebelah selatan, sudah ditanamkannya didalam tanah, tetapi tiada rosak barang-barang itu lagi.
Setelah menitahkan dua orang menteri dengan seratus hulubalang dan lima ratus rakyat mencari peti baginda itu dengan segeranya, maka masing-masing menyembah lalu berjala. Maka baginda pun tinggallah dengan Pak Belalang di balairong seri dihadapi oleh bentara biduanda sida-sida sekalian.
Maka tersebutlah kisah menteri dengan hulubalang, rakyat pergi mencari harta itu. Selang beberapa lamanya sampailah kedalam hutan besar, ditujunya kesebelah selatan. Dengan takdir Allah subhanahu wata`ala betullah sampai mereka kepada tempat peti yang ditanamkan oleh pencuri itu, berjumpa dengan suatu lubang bekas ditimbus orang. Maka diambil oleh menteri anak-anak kayu suruh tikam kedalam tanah, lalu kenalah kepada peti itu, serta diangkat naik, dipikul oleh rakyat sekalian, dibawa balik mengadap baginda.
Maka baginda pun turunlah dari atas singgahsana sambil berkata, betullah sungguh Pak Belalang ini, besar untungnya dan kebaktiannya kepada aku. Baginda bertitah itu dengan teramat sukacitanya, seraya memandang kepada muka Pak Belalang. Titahnya pula, ada pun Pak Belalang ini telah beta gelar Ahlunnujum pada hari ini, dan barangsiapa memanggil Pak Belalang, beta guntingkan lidahnya.
Maka sekalian rakyat, menteri hulubalang pun mengatakan Ahlunnujum sekaliannya. Maka titah baginda, Hai ahlunnujum, beta anugerahi sebiji peti ini akan dikau, bawalah pulang kerumah, berikan kepada anak isteri engkau. Maka sembah Ahlunnujum Belalang, ampun Tuanku beribu-ribu ampun, patik mohonkan ampunlah dikurniakan harta itu, kerana ayapan yang kurniai oleh dulu Tuanku dahulu itu pun cukup patik ayapi anak beranak.
Maka titah baginda menyuruh juga hantarkan sebiji peti yang berisi emas, intan, ratna mutu manikam, kerumah ahlunnujum Belalang itu. Maka ahlunnujum pun bermohon kembali pulang kerumahnya dengan sukacita sekalian anak isterinya. Hatta, antara selang tiga bulan, masuklah pula tiga buah kapal membawa anak itik baru jadi, meminta kenalkan jantan betinanya. Maka kapal itu pun sampailah kepelabuhan. Juragannya naik kedarat mengadap Raja Indera Maya. Maka ada pun tatkala itu baginda sedang dihadapi oleh menteri, hulubalang, sida-sida, biduanda sekaliannya.
Maka juragan itu pun naiklah kebalai pengahadapan masuk mengadap dibawa oleh bahtera baginda. Serta baginda memandang, juragan pun bertelut kepada baginda. Sembahnya, ampun Tuanku beribu-ribu ampun, patik ini datang dari sebuah negeri kesebuah negeri membawa anak itik baru menetas, meminta kenalkan jantan dan betinanya patik persembahkan kebawah duli Tuanku kapal patik tiga buah itu dengan isinya, patik turun kain sehelai sepinggang sahaja. Tetapi jika Tuanku terkenal anak itik itu jantan betinanya, harapkan diampun beribu-ribu ampun, negeri Tuanku ini patik pohonkan supaya menjadi milik patik.
Maka sahut baginda, baiklah encik Juragan, beta minta tempoh tiga hari dahulu. Kepada hari yang ketiga itu pagi-pagi bolehlah datang bawakan anak-anak itik itu, boleh beta kenalkan jantan betinanya. Maka juragan itu pun bermohon balik kekapalnya. Maka baginda pun menitaahkan seorang biduanda panggil ahlunnujum belalang. Maka biduanda pergi kepada Ahlun nujum Belalang. Tatkala itu Ahlun nujum Belalang ada dirumahnya sedang merojak sireh hendak dimakannya. Maka biduanda pun naik. Katanya, Hai Ahlun nujum , titah memanggil bersama-sama sahaya mengadap dengan segeranya.
Jawab biduanda ada kapal masuk membawa anak itik baru menetas, minta kenalkan jantan betinanya. Itulah sebab Tuanku memanggil. Maka sahut Ahlun nujum Belalang, Baiklah, lalu ia mengambil tongkat berjalan bersama-sama dengan biduanda mengadap baginda kebalairong seri. Demi terpandang kepada Ahlun nujum, maka baginda pun bertitah, marilah kesini dekat dengan beta ini, hendak bermesyuarat.
Maka Pak Belalang pun datanglah hampir dengan baginda seraya meyembah. Maka titah baginda, apalah hal beta ini ahlun nujum? Ada pula masuk tiga buah kapal membawa anak itik baru menetas dari telur. Juragannya meminta kenalkan jantan betinanya, kepada beta. Jika tidak kenal, negeri ini pulanglah kepadanya. Maka sekarang apakah halnya beta hendak mengenalnya itu?
Setelah Ahlun nujum Belalang mendengarkan titah baginda, ia pun termenung seketika serta menyerahkan dirinya kepada Tuhan sarwa sekalian alam harapkan makbul sebarang maksudnya membuat perkataannya yang pembohong itu semuanya, Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, titah Tuanku terjunjunglah diatas otak batu kepala patik. Maka dengan berkat tinggi daulat Tuanku adalah pula buku tib itu tinggal di rumah patik, dua tiga empat peti penuh berisi dengan pasal anak itik itu sahaja. Dan harapkan ampun patik bertempuh tiga hari mencari dalam tib itu. Maka titah baginda, baiklah.
Maka Pak Belalang pun bermohon balik pulang kerumahnya dengan dukacita yang teramat sangat kerana takut kalau kedapatan budi pembohongnya itu. Maka keluh kesahlah ia tiada lalu makan dan minum dan tidur, melainkan di dalam hatinya berkata, ya Allah, ya Rabbi, ya Saidi, ya Maulai. Kepada Tuhanku juga hamba menyerahkan diri, barang dimakbulkan kiranya seperti maksud dan hajat hamba ini akan mengetahui jantan betina anak itik itu dengan mudahnya.
Hatta, perjanjian dengan baginda itu pun sampailah dua hari sudah. Maka sangatlah dukacita Pak Belalang akan perkara yang disanggupinya itu. Setelah sampai kepada malam ketiganya, maka dengan takdir Allah subhanahuwata`ala dibukakan hatinya fikiran yang baik. Baiklah aku pergi bersampan berkayuh dekat-dekat kapal mendengar perkabaran itik itu.
Maka ia pun berkayuhlah dengan perahunya yang pipih supaya tidak kedengaran bunyi air. Setelah Pak Belalang sampai kepada kapal yang tiga buah berlabuh itu seraya perlahan-lahan mendengarkan apa-apa percakapan orang dikapal itu. Maka dengan takdir Allah subhanahu wata`ala melakukan kudrat diatas hambanya, pada ketika itu bercakaplah isteri juragan kapal itu dengan suaminya. Katanya ayuhi Encik Juragan, berapa lama sudah saya bersama-sama belayar menjajakan anak itik ini minta kenalkan jantan betinanya belum juga saya tahu bagaimana hendak mengenalnya itu. Jikalau sungguh kasih kepada saya tolonglah kabarkan supaya saya tahu.
Maka jawab juragan itu, ayuhai adinda, buah hati kekanda, tiadalah dapat kekanda hendak mengabarkan hal itu, takut didengar oleh orang, kerana esok hari hendak kekanda bawa mengadap raja negeri ini minta kenalkan jantan betinanya. Jikalau tiada lalu raja itu mengenalnya negeri ini kita miliki, dan jikalau lalu pula raja itu mengenalnya, kapal yang tiga buah ini pulang kepadanya. Kita sekalian turun kain sehelai sepinggang sahaja. Tetapi oleh kasih kekanda, kabarkan. Janganlah dicakapkan kepada orang.
Maka jawab isterinya, katakanlah supaya adinda dengar. Di mana pula ada orang tengah malam datang hampir kemari? Lalu dikabarkan oleh juragan kepada isterinya, katanya, jikalau hendak mengenal jantan betina anak itik itu, hendaklah dibubuh air didalam terenang. Mana-mana yang dahulu menyelam itulah betina dan yang kemudiannya jantan.
Setelah didengar oleh isterinya, ia pun diam. Lalu tidur kedua laki isteri menantikan siang. Shahadan maka Pak Belalang pun sekalian hal ehwal itu semuanya didengar. Sangatlah suka hatinya serasa mati hidup kembali, sambil berkayuh perlahan-lahan balik pulang kerumahnya. Setelah sampai lalu memanggil perempuannya emak Belalang. Maka emak Belalang pun bangun memebuka pintu. Maka kata Pak Belalang, ada \kah nasi emak Belalang? Aku lapar ini. Pergilah masak segera, apa digaduhkan masak nasi ransom? Belanja kita raja memberi.
Maka jawab isterinya, sudah ada nasi. Makanlah. Maka Pak Belalang pun bersalin kainnya lalu duduk serta memakan nasi. Setelah itu, ia pun tidur dengan kesukaannya. Seketika lagi hari pun sianglah lalu ia bangun duduk sambil merojak sirehnya. Sebermula, maka tersebutlah perkataan juragan kapal. Telah hari siang pagi-pagi hari, maka juragan pun bersiaplah lalu naik kedarat diiringkan oleh anak-anak perahunya membawa anak itik itu. Maka baginda pun hadir diatas singgasana tahta kerajaan dihadapi oleh sekalian menteri, hulubalang, sida-sida bentara, rakyat bala, hina dina hendak melihat temasya itu.
Hatta, baginda pun menitahkan seorang biduanda memanggil ahlun nujum Belalang dengan segeranya. Maka biduanda pun menyembah lalu turun berjalan kerumah Ahlun nujum Belalang. Maka katanya titah Tuanku memanggil Ahlun nujum. Juragan dan sekalian orang telah berhimpun dibalai semuanya. Maka Ahlun nujum pun bersiap-siapkan sirehnya lalu mengadap baginda. Maka sampailah kebalairung seri. Maka titah baginda, marilah kemari.
Maka Ahlun nujum Belalang pun dekatlah dengan baginda. Maka titah baginda, Apakah hal ahlun nujum hendak mengenal anak itik itu jantan betinanya? Maka sembah Pak Belalang. Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, jenuh patikmencari di dalam tin patik. Maka dapatlah patik di dalam buku kecil sahaja, ada di dalam dua baris tertulis di tulis disitu mengatakan demikian, bahawasanya ada pun hendak mengenal anak itik itu jantan betinanya, hendaklah dengan air.
Maka titah baginda menyuruh ambilkan suatu terenang emas. Maka di bawa oleh dayang-dayang di persembahkan kepada baginda. Maka titahnya, inilah air, ahlun nujum. Maka sembah Pak Belalang, kemudian lepaskan seekor. Mana-mana yang dahulu menyelam, itulah yang betina dan yang kemudian menyelam itulah jantannya. Maka titah baginda, lepaskanlah. Sembah Pak Belalang, silakanlah Tuanku melepaskannya. Titah baginda, beta tiada tahu.
Maka Pak Belalang pun bangun seraya menyembah melepaskan itik itu. Maka apabila dilepaskannya seekor dalam terenan, maka anak itik pun menyelam. Maka sembah Pak Belalang, itulah betina, tuanku. Kemudian dilepaskan pula seekor lagi, lambat menyelam. Titah baginda, lambat pula menyelan itu. Sembah Pak Belalang, yang lambat menyelam itu jantan, Tuanku.
Maka baginda pun memandang kepada juragan kapal itu. Titahnya, apakah kabar Juragan? Betulkah seperti kata ahlun nujum ini, dimana hendak patik simpangkan perkataan yang sebenar itu? Maka titah baginda, jikalau begitu, baiklah perdana menteri beri juragan ini tiga buah perahu dan bekalnya sampai ia balik kenegerinya. Maka perdana menteri pun menyembah dan juragan kapal pun turun bersama-sama dengan menterinya seraya menyembah baginda. Kapal itu pun diserahkan kepada bendahara dengan isi-isinya.
Sebermula, tersebutlah kisah baginda itu pula memberi titah kepada Pak Belalang. Titahnya ayuhai saudara beta, ahlun nujum yang bijaksana, dengan kerelaan hati beta memberi sebuah kapal itu kepada saudara dengan isi-isinya. Maka sembah Pak Belalang, ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harapkan diampun, sebenar sangat seperti titah itu, dengan sebolah-bolehnya patik mohon ampunlah dikurniai itu, kerana mana-mana harta yang duli Tuanku kurniakan dahulu sekarang telah sudah dihabiskan oleh didik itu bersuka ria, ampun tuanku bermain muda sahaja kerjanya.
Baginda pun tertawa gelak-gelak, titahnya, tiada mengapa, budak-budak sahajanya gemar main muda itu, tiada pula menjadi kesalahan. Tetapi kawinkan dia mana-mana yang diperkenankan dan kapal ini pemberian betalah kepadanya Si Belalang itu. Maka sembah Pak Belalang, daulat Tuanku. Maka kapal itu pun disuruh hantarkan kepelabuhan Pak Belalang, adanya.
Sebermula, telah selesai kisah anak itik itu, dengan takdir Allah subhanahu wa`tala, masuklah pula tujuh buah kapal membawa kayu yang teramat licin dan bulat, panjangnya kira-kira sehasta, nakhodanya itu pun naiklah mengadap baginda bermaklumkan halnya serta membawa kayu itu, dipersembahkan kepada baginda. Katanya, ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun jua kiranya. Adalah patik datang ini mengadap tuanku membawa suatu kayu bulat licin semuanya. Patik minta kenalkan kayu tentukan ujung dan pangkalnya patik persembahkan ketujuh buah kapal patik ini, patik turun sehelai sepinggang sahaja.
Demi didengar oleh baginda sembah nahkoda itu, lalu titah baginda, baiklah beta minta tempoh tujuh hari kepada nakhoda. Setelah sudah, maka nahkoda kapal itu pun bermohonlah balik kekapalnya. Maka baginda pun bertitah menyuruh panggil Pak Belalang. Maka biduanda pun menyembah serta bermohon pergi mendapatkan ahlun nujum Belalang itu. Katanya, titah tuanku memanggil kebalai. Jawab Pak Belalang, apa pasal memanggil aku? Lalu ia pun turun dengan segera mengadap baginda bersama-sama dengan biduanda kebalai.
Hatta, setelah baginda melihat Pak Belalang datang itu, baginda pun memberi titah kepadanya, ayuhai ahlun nujum, apalah ikhtiar diri sekarang? Ada seorang nakhoda membawa kapal tujuh buah datang kepada beta, kerana ia ada membawa kayu bulat licin. Ia meminta kenalkan ujung pangkal kayu itu. Jikalau lalu terkenal oleh beta ujung dan pangkalnya, kapal yang tujuh buah itu diberikannya kepada beta. Jika tiada terkenal, maka negeri ini pulang kepadanya. Beta minta tempoh tujuh hari.
Arakian, telah Pak Belalang mendengar titah baginda, maka lalu ia mengangkat tangan mendatangkan sembah, ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun, ada pun dari hal mengenal kayu, bolehlah juga patik kenalka, berkat tinggi daulat tuanku, kerana ada tujuh peti tib patik dirumah pasal mengenal kayu-kayu. Dan dua peti buku-buku pasal itu sahaja.
Titah baginda, baiklah boleh ahlun nujum lihat didalam buku-buku itu. Maka Pak Belalang pun bermohonlah kembalilah kerumahnya. Hatta, dalam pada itu sampailah perjanjian itu tujuh hari kepada malam. Maka daripada pagi-pagi hari nakhoda kapal pun bersiaplah dengan anak perahunya hendak naik kebalairung seri membawa kayu itu. Maka pada ketika hulubalang, sida-sida, bentara, penuh sesak hendak melihat temasya itu.
Maka hal Pak Belalang pada malam yang ketujuh itu turunlah ia kesampan berkayuh kekapal nahkoda itu daripada sebuah kapal kepada sebuah kapal. Hatta dengan takdir Allah subanahu wata`ala sampailah ia kekapal nahkoda yang jauh ditengah lautan sekali. Kepada masa itu nahkoda pun ada duduk sedang bermesyuaratkan darihal hendak membawa kayu itu esok harinya mengadap baginda. Maka kata sekalian anak-anak perahunya itu, ayuhai Tuan nahkoda, hamba sekalian pun sangatlah ajaib bagaimanakah hendak mengenali ujung pangkal kayu itu. Maka sahut nahkoda kepada anak-anak perahunya itu, janganlah kau sekalian cakapkan kepada orang rahsia ini, kalau didengar oleh orang rosaklah kita.
Maka kata sekalian anak-anak perahu itu, ya tuan nahkoda, dimana datang orang tengah malam ini? Maka kata nahkoda sekalian pun sangatlah ajaib bagaimanakah hendak mengenal ujung pangkal kayu itu, ada pun hendak mengenal ujung kayu itu dipegang sama tengahnya, diletakkan diatas air. Kemudian mana-mana dahulu yang tenggelam, disitulah pangkalnya.
Telah sudah nahkoda berkabarkan rahsia itu kepada anak-anak perahunya, semuanya didengar oleh Pak Belalang perkataan itu. Ia pun balik kerumahnya. Hatta, telah hari siang, pagi-pagi hari berhimpunlah sekaliannya. Maka nahkoda kapal itu pun naiklah mengadap baginda membawa kayu itu. Maka baginda pun bertitah suruh duduk seraya memandang kepintu balai penghadapan itu menantikan ahlun nujum Belalang, lalu naik keatas balai penghadapan seraya menyembah baginda. Maka ditegur oleh baginda sambil bertitah, marilah dekat dengan beta disini. Apa kabar dalam tib ahlun nujum itu?
Maka sembah Pak Belalang, ampun Tuanku beribu-ribu ampun, ada pun didalam tib patik darihal hendak mengenal ujung pangkal kayu itu hendaklah dengan air, tuanku. Maka titah baginda menyuruh ambil air kepada dayang-dayang pun mengambil air, dibubuh didalam batil emas, dibawa kehadapan baginda. Maka sembah Pak Belalang, tuanku lepaskan kayu itu. Maka titah baginda, beta tiada tahu. Ahlun nujum sendiri lepaskan.
Maka Pak Belalang pun menyembah baginda seraya mengambil kayu itu. Maka ditimbangnya betul sama-sama tengah kayu, dilepaskannya didalam air itu. Maka tenggelam sebelah dahulu. Titah baginda. Apa yang dahulu temggelam itu? Maka sembah ahlun nujum Belalang, ampun Tuanku beribu-ribu ampun, yang tenggelam itu pangkalnya dan ujungnya itu kemudian tenggelam kerana ringan dan pangkalnya itu berat.
Maka baginda pun memandang kepada nahkoda kapal itu seraya bertitah, apa kabar nahkoda adakah betul seperti kata ahlun nujum beta dan tiada? Maka sembah nahkoda itu, sebenarnyalah seperti kata ahlun nujum Tuanku itu. Apa hendak patik salahkan lagi? Sudah nasib patik, tuanku kerana patik dengar ahlun nujum tuanku ini arif bijaksana sangat. Inilah sebab patik mencuba kepandaiannya itu.
Maka sahut ahlun nujum, dengan sebenarnya juga encik nahkoda menyembah kebawah duli yanga maha mulia itu. Jikalau ada kepandaian arif bijaksana sekali pun jika tiada rajin usaha tiada berguna juga. Maka terasalah dihati nahkoda itu teringatkan tatkala anak-anak perahunya itu bertanyakan ujung pangkal kayu dahulu agaknya barangkali Pak Belalang itu mengendapmendengarkan kisah itu, kerana ada cakapnya itu berusaha. Tetapi itu fikiran didalam hatinya sahaja, tiada dikeluarkannya. Maka titah baginda menyuruh biduanda berikan ampun kurnia kepada nahkoda itu tujuh buah perahu serta belanja makanannya. Maka nahkoda itu pun turun dari kapal sehelai sepinggang sahaja. Maka kapal tujuh buah serta dengan isinya itu pulang kepada baginda semuanya. Maka nahkoda itu pun bermohon kepada baginda naik keperahunya langsung pulang kenegerinya.
Hatta, selang antara berapa lamanya, masuk pula sebuah kapal perdana menteri Askalan Rum mengadap baginda membawa surat rajanya kepada baginda. Tatkala itu baginda sedang semayam diatas takhta kerajaan dibalairung seri. Perdana Menteri itu pun naik lalu menyembah baginda dan mempersembahkan surat itu. Maka disambut oleh bentera dan dibaca dihadapan baginda. Demikianlah bunyinya:
Sembah sujud serta ta`zim serta takrim daripada anakanda Raja Baharum Indera Sakti dinegeri Askalan Rum, barang disampaikan kiranya mengadap kebawah tahta paduka ayahanda duli yang maha mulia. Ihwal anakanda maklumkan jikalau ada mudah-mudahan rahim kasihan belas ayahanda, anakanda pohonkan Ahlun nujum ayahanda, minta lihatkan anakanda kehilangan isteri anakanda baru kawin tujuh hari, sedang tidur dicuri oleh jin. Maka haraplah dipohonkan bersama-sama pacal Perdana Menteri itu.
Telah didengar bunyi surat itu, baginda pun menyuruh panggil ahlun nujum Belalang. Maka biduanda pun pergilah. Ada seketika lamanya, ahlun nujum Belalang pun sampailah bersama-sama dengan biduanda mengadap baginda. Maka baginda pun bertitah, hai ahlun nujum, ada pun sebab beta memanggil ini kerana ada sebuah kapal masuk kemari mengadap membawa surat darihal putera baginda negeri Askalan Rum hilang isteriny, ia sedang tidur bersama-sama dicuri oleh seorang jin. Adakah dapat ahlun nujum mengembalikan balik daripada jin itu?
Maka sembah ahlun nujum Belalang. Ampun tuanku beribu-ribu ampun, insya Allah ta`ala, berkat dengan tinggi daulat duli yang maha mulia, dari hal itu barangkali ada didalam tib-tib patik tangkal jin itu supaya ia takut. Maka titah baginda, baiklah boleh pergi sekarang bersama-sama Perdana menteri baginda ini. Maka sembah Ahlun nujum Belalang. Daulat tuanku, titah patik junjunglah. Patik pohon ampun pulang keteratak patik dahulu.
Maka titah baginda, usahlah balik dahulu. Belanja-belanja ada beta beri. Maka sembahnya, baiklah tuanku. Lalu ia menyembahkan kepada baginda bersama-sama turun kekapal Perdana Menteri itu langsung belayar kenegeri Askalan Rum. Selang antara beberapa lamanya, sampailah kejambatan larangan. Maka disambut oleh baginda itu menteri serta dengan Ahlun nujum Belalang. Maka datanglah putera baginda itu mendapatkan Pak Belalang dengan tangisnya. Titahnya , ayuhai bapa hamba, tolonglah hamba minta carikan isteri hamba yang telah dicuri oleh jin itu dengan segeranya.
Maka sembah Pak Belalang, ampun tuanku beribu-ribu ampun, pertetapkan juga hati tuanku, Insya Allah ta`ala patik pergi mencari paduka adinda itu. Maka baginda pun berangkat dari kapal naik keistana membawa Ahlun nujum Belalang, diperjamu makan dan minum tujuh hari tujuh malam, disembelih kerbau, lembu, ayam dan itik.
Hatta, lepas itu, Pak Belalang pun berdatang sembah kepada putera baginda itu. Sembahnya, ampun tuanku beribu-ribu ampun, nanti pada waktu dinihari tuanku titahkan sekalian isi negeri, rakyat bala tuanku pergi masuk kehutan sekalian isi negeri, rakyat bala tuanku pergi masuk kehutan sekaliannya mengikut patik. Tuanku pun bersama-sama berangkat. Apabila patik berhenti, tuanku sekalian rakyat pun berhenti jauh-jauh daripada patik, jangan dekat.
Maka putera baginda serta dengan dengan sekalian menteri, hulubalangnya pun mengakulah seperti sembah ahlun nujum itu. Telah malamlah, waktu dinihari, perdana menteri pun menyuruhkan sekalian rakyat isi negeri semua kehutan rimba belantara itu dengan terlalu amat kesusahannya. Hatta, apabila gari pun sudah cerah Pak Belalang pun berjalanlah bersama-sama dengan putera baginda itu diiringkan oleh menteri, hulubalangnya sekalian yang tiada tepermanai banyaknya. Maka antara beberapa lamanya sampailah Pak Belalang kepada sepohon kayu beringin ditengah padang , terlalu amat rendang pokoknya. Lalu berhentilah akan lelahnya teramat sangat, dan matanya pun mengantuk seperti diperekat rasanya. Ia pun berbaring dibawah kayu beringin itu lalu tertidur.
Hatta, dengan takdir Allah Tuhan sarwa sekalian alam, kepada ketika itu datanglah seorang tua, janggutnya putih hingga kepusatnya, seraya berkata dengan suara yang dahsyat. Sabdanya, hai Pak Belalang apakah pekerjaan engkau demikian ini sentiasa berbuat bohong sahaja, tiada perkataan yang sebenarnya? Maka Pak Belalang pun terkejut mendengarkan sabda orang tua itu, seraya menyembah, katanya, hamba tuan sungguhlah berbohong sahaja, kerana dengan hal mencari napakah hamba.
Maka sabda orang tua itu, dengan sebenarnya engkau berbuat bohong semata-mata, tetapi bohong engkau itu diperkenankan Allah ta`ala tiada menganiayai orang sekali-kali, semata-mata membuat kerana Allah memelihara raja sendiri daripada percubaan Tuhan sarwa sekalian alam keatas hambanya. Maka sekarang ini apalah pekerjaan engkau? Hendak kemana?
Maka sembah Pak Belalang didalam tidurnya, hamba tuan dititahkan oleh putera baginda ini meminta carikan isterinya dicuri oleh jin konon. Inilah hamba kerjakan. Maka sabda orang tua itu, bagaimanakah hal engkau hendak mencarinya itu? Maka sembah Pak Belalang, entahlah tuan tiada hamba tahu. Apakah nama tuan hamba?
Maka disahut oleh orang tua itu, betalah yang bernama nabi Allah Khidir, Kutubu`l alam menjaga hutan dan daratan dengan titah Tuhan beta. Ada pun darihal engkau hendak mengambil tuan puteri itu, inilah isim Allah ta`ala ya`ni tangkal yang ditakuti oleh jin, beta ajarkan. Bacalah kepada jin itu supaya ia lari. Kemudian engkau ambilah tuan puteri itu.
Maka diajarkannya suatu isim kepada Pak Belalang. Dapatlah olehnya. Maka sabda Kutubul`alam, ada pun sekarang jin itu sedang tidur memangku Tuan Puteri itu didalam suatu gua batu ditepi gunung. Segeralah pergi ketempat itu. Hatta, telah sudah berkata-kata Pak Belalang pun jaga daripada tidurnya. Maka dengan tiada lengah lagi lalu berjalan menuju kegunung itu. Maka putera baginda dengan menteri, hulubalang, rakyat pun bersama-samalah mengikuti jauh-jauh dari belakang. Dalam hal yang demikian sampailah kepada suatu gua batu. Betullah dilihatnya jin itu sedang memangku Tuan Puteri itu sedang tidur juga kedua-duanya. Maka balutlah mata Tuan Puetri itu bekas menangis. Tersangatlah belas kasihan Pak Belalang melihatnya. Maka segeralah ia membacakan isim Allah ta`alaseperti pengajaran Kutubul alam itu. Dengan berkat isim doa itu, dihembuskan oleh Ahlun nujum dikepalanya, maka jin itu pun terbanglah lari, tinggallah Tuan Puteri itu. Maka segeralah diambil oleh Pak Belalang dengan besar suaranya meminta tolong. Katanya, tolong Yuanku, segera ini adinda.
Maka apabila didengar oleh putera baginda dengan menteri, hulubalangnya maka sekalian rakyat pun berhimpum mengiringkan puteri itu, diletakkan diatas geta yang keemasan, dihadapi oleh dayang-dayang, bentar, sida-sida sekalian bertunggu menjaga Tuan Puteri itu lagi pengsan tiada sedarkan dirinya. Maka diambil oelh Pak Belalang air, dibacanya isim tadi, disiramkan pada seluruh tubuhnya.
Maka Tuan Puteri pun sehatlah sedikit lalu bangun duduk santap nasi. Maka putera baginda itu pun teramatlah sukacita melihat isterinya sudah didapati, lalu duduk disitu serta memuji-muji ahlun nujum itu, lalu menitahkan menteri hulubalang rakyat hina dina sekalian bersiap hendak kenduri melepaskan nazarnya, menyembelih kerbau, lembu, ayam dan itik makan minum tujuh hari tujuh malam.memberi sedekah kepada fakir miskin dengan beberapa pula hadiah kelelahan ahlun nujum Belalang itu, dikurniakan oleh baginda daripada harta emas, perak, kain baju dan hamba, dan kapal sebuah, cukup dengan isinya kapal itu.
Maka ahlun nujum Belalang pun mengajar putera baginda itu akan isim yang diajarkan oleh Kutubul alam itu, di perbuat tangkal Tuan Puteri itu, supaya jangan dicuri oleh jin itu balik. Maka kepada ketika yang baik, Pak Belalang pun bermohon hendak balik kenegerinya dihantar oleh putera baginda itu kedua laki isteri hingga kekapal serta dipasangkan meriam alamat tanda kebesaran diatas ahlun nujum itu. Setelah sampai kapal. Putera baginda itu pun berpeluk bercium denga ahlun nujum Belalang, bertangis-tangisan. Lalu berangkat kembali keistananya. Maka ahlun nujum Belalang pun belayarlah pulang kenegerinya.